Friday, February 22, 2013

MAUIZHAH. catatan bimbingan dari seorang guru.


' Apabila mati seorang anak adam, maka putuslah amalanya melainkan tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan badinya' ( HR Muslim ).

Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim, seorang alim bernama Fatah al-Mausili rahimahullah telah mengemukakan pertanyaan kepada muridnya: " Benarkah seorang pesakit akan mati jika tidak dirawat dan tidak diberi makan minum?". "Benar katamu wahai tuan guru." Jawab murid-muridnya. Berkata Fatah al-Mausili seterusnya: "Demikian juga hati manusia jika disekat selama tiga hari dari menerima ilmu dan hikmah, pasti ia akan mati."

Yang dimaksudkan dengan ilmu itu ialah syariat yang menjelaskan hukum-hakam dan peraturan Allah SWT. Sementara hikmah ialah kebijaksaan menggunakan ilmu tersebut untuk menghubungkan diri dengan Allah SWT dan hubungan dengan sesama manusia.

Jasad dan tubuh manusia akan mati jika keperluan makan minumnya disekat, demikian juga rohani (jiwa) manusia akan mati jika tidak diberi ilmu dan hikmah yang menjadi santapannya.

Oleh itu, ilmu adalah penting dalam kehidupan manusia, setiap manusia yang mengajar dan belajar ilmu akan mendapat manfaat masing-masing di dunia dan di akhirat.

Dari buku : MAUIZAH. Catatan Bimbingan Dari Seorang Guru. ( TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.)

Sunday, April 11, 2010

Surah Al Ikhlas

Setelah selesai solat subuh, di atas sejadah, dia membaca Surah Al-Ikhlas yang pendek itu berulang-ulang kali.

Kemudian sunyi. Dalam senyap, dia menadah tangan dan berdoa. Selepas menyebut nama Allah beberapa kali dan memujinya.

Petikkan dari novel " Muhammad Akhir" karya AnasK. Hadimaja.